KPKM akan mentransformasikan TVET menjadi nadi kepada pertanian moden – Arthur

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat untuk mentransformasikan
Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi nadi kepada pertanian moden yang menggabungkan ilmu teknikal, teknologi tinggi, dan nilai kemanusiaan.

KPKM sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi, institusi pengajian tinggi, dan pihak industri untuk memastikan laluan kerjaya kepada graduan TVET Pertanian selepas tamat pengajian.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata mereka akan menjadi pakar dalam bidang-bidang yang kritikal seperti agronomi pintar, bioteknologi tanaman, automasi ladang, malah boleh cipta solusi digital tani di masa akan datang.

KPKM akan memastikan bukan sahaja peluang kerja wujud, tapi peluang untuk menjadi usahawan, pencipta, dan pemimpin dalam ekosistem pertanian akan terbuka luas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Sesi Townhall Bersama Pelatih Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di MADA Rice Training Centre (MRTC) KM 4, Jalan Langgar, dekat sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Dato’ Dr Ismail Salleh; Pengurus Besar MADA, Zulkifli Romli; Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) MADA, Ir Nik Kun Nik Man; dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti & Latihan Pertanian (BPKLP) KPKM, Hizatul Haliza Hashim.

Arthur berkata, KPKM juga telah memperluaskan penggunaan teknologi di pusat-pusat latihan termasuk Internet of Things (IOT) bagi pemantauan tanaman dan ternakan secara jarak jauh, Artificial Intelligence (AI) bagi diagnosis kesihatan tanaman dan ternakan, dan simulator pemanduan bot nelayan serta perisian Virtual Reality (VR) aktiviti penangkapan ikan.

Katanya, berdasarkan rekod kementerian, kadar kebolehpasaran graduan TVET Pertanian telah meningkat kepada 78.1 peratus (%) pada 2024 berbanding 72.3 % pada 2023.

“Bidang poltri dan bidang pengeluaran padi merekodkan kadar kebolehpasaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tertinggi iaitu sebanyak 95.7 % dan 95.5%.

“Melalui Rancangan Malaysian Ke-12 (RMK 12) sebanyak RM1.35 juta diperuntukkan kepada KPKM bagi menaik taraf kemudahan latihan teknologi pertanian, termasuk asrama dan fasiliti di institusi latihan TVET pertanian, ”katanya lagi.

“Pada tahun ini, sejumlah RM1.35 juta telah diperuntukkan oleh KPKM melalui Program Mekanisasi dan Automasi bagi perolehan dan perkasasan seperti mesin tuai mini, traktor, mesin penanaman (jentanam) dan mesin semaian benih.

“Selain itu, sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur rangkaian dan sambungan internet di semua Institut latihan TVET pertanian di bawah KPKM, ”tambahnya.

Dalam pada itu, lebih 250 peserta yang terdiri daripada pelatih Institut Latihan TVET Pertanian iaitu MRTC, Kolej Pertanian Malaysia Bukit Tangga (KPM), Institut Pertanian Malaysia Bumbong Lima (IPBL), penggiat industri, dan almuni MRTC telah menghadiri sesi townhall ini.

Sesi ini menjadi platform bersemuka antara Timbalan Menteri KPKM bersama pelatih TVET pertanian untuk menyampaikan amanat serta hala tuju KPKM dalam pembangunan sektor agro makanan negara.

Di samping itu, turut membuka ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan, menyampaikan cadangan serta berinteraksi secara langsung bersama pihak pengurusan tertinggi KPKM.

Anugerah penghargaan turut diberikan bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang individu dan institusi dalam pembangunan sektor agro makanan antaranya :

Anugerah Pelatih Cemerlang

1. Mohamad Mursyed Mohd Razif (IPBL)

2. Muhammad Zahimy Haiqal  Zahidin(MRTC)

Anugerah Ikon Agro MRTC 2025

1. Muhammad Afifi Noor Azam

2.  Abd. Hafiz  Abdullah

Pensijilan COPTPA & Geran Peruntukan Mekanisasi dan Automasi MRTC 2025

-Mohd Huzaifi Kamaruddin (Pengurus Pusat Bertauliah MRTC) – SUARA. TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat