Anwar hargai usaha Mufti Rusia promosi keharmonian antara agama, tangkis Islamofobia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap peranan aktif Mufti Besar Rusia Sheikh Ravil dalam mempromosi keharmonian antara agama dan membina persefahaman dalam masyarakat majmuk Rusia.

Menurut Anwar ini adalah usaha yang amat berharga dalam dunia yang semakin dicalari perpecahan, kebencian dan prejudis.

“Usai pertemuan dengan Presiden Putin, saya ketemu Mufti Besar Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin yang juga Pengerusi Lembaga Agama Islam Persekutuan Rusia bersama delegasinya.

“Pertemuan ini membuka ruang mempererat ukhuwah antara dua komuniti Islam merentasi sempadan geografi dan perbezaan budaya, di samping menjalin hubungan kita dengan lebih 25 juta umat Islam di Rusia yang hidup dalam kepelbagaian aliran dan tradisi.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama termasuk usaha memperkukuh institusi Islam, memperluas pertukaran kepakaran, serta memperkasa industri halal di Rusia dengan memanfaatkan kelebihan Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal yang diiktiraf dunia.

“Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan aktif Sheikh Ravil dalam mempromosi keharmonian antara agama dan membina persefahaman dalam masyarakat majmuk Rusia. Ini adalah usaha yang amat berharga dalam dunia yang semakin dicalari perpecahan, kebencian dan prejudis,” kata Anwar dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pertemuan sama sebagai tanda persahabatan dan ikhtiar dakwah, Perdana Menteri menghadiahkan al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Rusia selari dengan aspirasi Madani mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia demi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam dan menangkis gelombang Islamofobia.

“Sebagai balasan penuh makna, Sheikh Ravil turut menghadiahkan saya senaskhah al-Quran mushaf Uthmani dari Uzbekistan yang punyai sejarah panjang dan menjadi simbol kelangsungan ilmu serta warisan keindahan Islam yang merentasi benua dan generasi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat