Akan terbentuk gabungan besar BN-PH plus plus plus, masih eksplorasi kemungkinan – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik di Sabah bagi menghadapi pilihan raya di negeri itu tidak lama lagi.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana mana-mana parti atau gabungan politik berpangkalan di pusat, wajib bekerjasama dengan parti politik atau gabungan di Sabah.

“Walaupun kita belum memuktamadkan bentuk ‘grand coalition’ (gabungan besar), kita sedang mengeksplorasi beberapa kemungkinan yang saya sebutkan.

“(Gabungan itu seperti) BN-PH Plus Plus Plus kerana sepatutnya kita tidak tertakluk kepada satu atau dua sahaja gabungan.

“Namun kami merasakan hakikat yang penting adalah mana-mana parti politik atau gabungan parti politik yang berpangkalan di pusat, wajib bekerjasama dengan mana-mana parti politik atau gabungan parti politik di Sabah,” katanya memetik BH di Putrajaya.

Sebelum ini, Sekretariat Kerajaan Perpaduan mengumumkan kerjasama antara PH-BN, namun Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata GRS sedia bergerak solo jika benar kerjasama dua gabungan itu berlaku.

Hajiji dilaporkan berkata, kerajaan negeri patut dipimpin oleh parti tempatan yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat tanpa mengetepikan peranan dan kepentingan parti-parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.

PRN Sabah ke-17 perlu diadakan pada atau sebelum 8 Disember tahun ini.

Ditanya sama ada BN sedia bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya negeri berkenaan, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan parti berkenaan.

“Saya mengadakan banyak kali perbincangan dengan mereka (GRS) dan bukan sahaja dengan GRS tetapi kami terbuka untuk mengadakan perundingan dengan parti politik lain di Sabah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat