Wan Rosdy Angkat Sumpah MB Pahang Baharu

PEKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu di Istana Sultan Abu Bakar di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands berusia 60 tahun, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Dalam pada itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri itu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawat jawatan itu selama empat penggal.

Pada Pilihan Raya Ke 14 (PRU14) lalu, Wan Rosdy menang dengan majoriti 3,507 undi dalam saingan empat penjuru, petik BH

Beliau menjadi ADUN Jelai sejak tahun 2004.

Barisan Nasional (BN) sebelum ini memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 35 pada 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.