Pemberhentian Kerja Penjawat Awam Bertentangan Manifesto PH

Sejak semalam ada tindakan untuk memberhentikan ribuan penjawat awam di seluruh negara.

Kami amat kesal dengan tindakan itu kerana ia dibuat secara tergesa-gesa, lebih-lebih lagi ketika mereka tidak berapa hari lagi memasuki Ramadan dan seterusnya Hari Raya Puasa.

Sudah pasti tindakan itu dilakukan tanpa sifat belas kasihan dan tidak berperikemanusiaan. Pemberhentian itu pasti akan menjadi beban berat terutama mereka yang berkeluarga.

Kami bersimpati dengan mangsa penamatan kontrak perkhidmatan ini kerana mereka sebenarnya tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas.

Pemberhentian ini dibuat secara tidak berhemah dan menunjukkan sikap sebenar Kerajaan Pakatan.

Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya memikirkan kaedah terbaik untuk menempatkan mereka serta-merta bukan membiarkan terkapai-kapai tanpa kerja.

Ini bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan bagi Memenuhi Harapan rakyat.

Nur Jazlan Mohamed
Ahli Unit Komunikasi
Ibupejabat UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.