Pembantu Juruterbang Sichuan Airlines Hampir Disedut Keluar

SHANGHAI – Pembantu juruterbang pesawat Sichuan Airlines yang terpaksa melakukan pendaratan cemas semalam, sudah disedut keluar separuh badan daripada kapal terbang selepas cermin kokpit diterbangkan, lapor media tempatan memetik kenyataan kapten pesawat itu.

Kapten Liu Chuanjian, diangkat sebagai wira selepas berjaya mendaratkan peswat Airbus A319 itu secara manual.

Beliau memberitahu Chengdu Economic Daily, pesawat itu baru mencecah ketinggian 9,753 meter apabila bunyi kuat kedengaran melalui kokpit.

Kokpit kehilangan tekanan dengan cepat dan suhu menurun dan apabila melihat ke atas, cermin sebelah kanan kokpit sudah hilang.

“Tiada langsung amaran. Tiba-tiba, cermin retak dan mengeluar bunyi kuat.

“Tiba-tiba pembantu juruterbang disedut keluar separuh jalan menerusi tingkap itu.

Semua yang ada dalam kokpit terapung.

“Kebanyakan peralatan tidak berfungsi dan saya tidak mendengar radio. Kapal terbang bergegar teruk sehingga saya tidak dapat membaca alat pengukur,” katanya.

Pembantu juruterbang berkenaan, yang memakai tali pinggan keselamatan, ditarik balik masuk ke dalam pesawat.

Beliau cuma mengalami calar dan pergelangan tangannya terseliuh, kata Pentadbiran Penerbangan Awam China, menambah seorang lagi kru kabin cedera dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, 119 penumpang selamat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana ia berlaku. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.