Wanita Reka Cerita Kena Culik Dihukum Penjara Tiga Bulan

IPOH – Seorang peniaga dalam talian diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah menjalani hukuman penjara tiga bulah kerana mengada-adakan cerita kononnya dia diculik ketika menghantar barangan kepada pelanggan.

Majistret Mohd. Fitri Sadaruddin memerintahkan hukuman penjara terhadap Nurfauzilah Ariffin, 39, berkuatkuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 9 Mei lalu.

Tertuduh merupakan isteri seorang anggota polis berpangkat koperal di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak mengaku bersalah mengada-adakan cerita kononnya diculik di Taiping pada 3 Mei lalu.

Kes penculikan wanita itu sebelum ini tular di media sosial. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.