Pondan Terima Tawaran Bernilai Jutaan Dolar Untuk Berlakon Filem Hong Kong

Pelakon pondan dari Thailand, Treechada Petcharat atau nama glamornya, Poyd telah dibayar sebanyak jutaan dolar bagi membintangi satu filem thriller keluaran Hong Kong.

Poyd menerima tawaran lumayan itu bagi mengembangkan kariernya di negara tersebut dan akan bergandingan dengan pelakon Patrick Tam.

Ini sekaligus memperlihatkan kerjasama kali kedua di antara aktres tersebut dengan pihak penerbitan Hong Kong selepas filem The White Storm lakonannya bersama Nick Cheung menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Sementara itu, Poyd dilaporkan telah menukar namanya kepada Bo Yee bagi menyesuaikan diri dengan pasaran filem di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.