Peragut Dibelasah Oleh Orang Ramai

KOTA KINABALU – Dua peragut bukan sahaja berputih mata untuk menikmati hasil rompakan, malah cedera selepas dibelasah orang awam di Jalan Kingfisher dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang kedua-dua suspek berusia 21 dan 22 tahun dikatakan baru sahaja meragut beg tangan pelajar wanita Kolej Strategi Kingfisher di kawasan tersebut.Sebuah kenderaan yang kebetulan melalui kawasan kejadian melihat adegan darah belangkang bertindak memberhentikan keretanya di hadapan motosikal yang dinaiki suspek bagi menghalang pergerakan mereka.

 Orang ramai yang turut menyaksikan kejadian tersebut kemudianya meluru  dan mengepung kedua-dua suspek sebelum membelasah akibat berang dengan perbuatan jenayah itu.Ketua Polis Dearah Kota Kinabalu, Jauteh Dikun berkata,ketika insiden mangsa berusia 19 yang dalam perjalanan ke kampusnya telah dihampiri oleh dua suspek berkenaan dari arah belakang  sebelum meragut beg tangan mangsa.

“orang awam yang melalui kawasan itu kemudiannya bertindak menahan suspek sebelum membelasah mereka,suspek dibawa oleh orang ramai ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk siasatan mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.