Jenazah Allahyarham Adam Ahmad Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Adam Ahmad, 50, yang popular era 1980-an dengan lagu Kau Pergi Jua selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai  Ampang dekat sini sekitar pukul 11.30 pagi Khamis.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jangkitan kuman pada paru-paru kira-kira pukul 12.15 malam Khamis.

Gambar Adam Ahmad bersama isterinya Norliza.
Gambar Adam Ahmad bersama isterinya Norliza.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak menciptla lagu-lagu hit seperti  Di Hari Persandingan Mu dan  Di Pantai Cinta Berahi  nyanyian Yunizar Hosein.

Lagu Janji Manismu nyanyian Aishah dan ditulis oleh beliau pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 manakala lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff turut merebut gelaran yang sama pada 1993 (AJL ke 8).

Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 19 Disember 2010 ketika berusia 46 tahun dengan seorang janda beranak dua iaitu Norliza Ayat, 46.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang dekat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.