Gadis Mati Dengan Kepala Putus

KOTA SAMARAHAN – Seorang gadis menemui ajal dalam keadaan ngeri apabila kepalanya putus selepas motosikal ditunggangi bersama kekasihnya terlibat dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Jalan Meranek di sini semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah malam itu mengakibatkan mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di lokasi kejadian selepas badannya digilis oleh kenderaan tersebut.

Bagaimanapun dalam kejadian itu teman lelaki mangsa yang berusia 21 tahun hanya alami cedera ringan.Juru cakap polis berkata,Ninie yang memboceng motorsikal yamaha 135LC ditunggang oleh teman lelakinya dala perjalanan pulang kerumah di Kampung Pengkalan Kuap dari arah Kampung Mang,Asajaya disini.

Setelah tiba dilokasi kejadian motorsikal tersebut dirempuh pada bahagian belakang oleh sebuah kenderaan menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter ketengan jalan sebelum kepalanya pula digilis oleh sebuak kenderaan lain.

Kenderaan yang tergilis kepala mangsa dipercayai tidak nampak mangsa tercampak diatas jalan kerana kawasan itu gelap,jurucakap polis berkata,ekoran kemalangan tersebut tiga buah motor sikal lain turut bergesel sesama sendiri kerana cuba mengelak daripada melangar mangsa.

“Polis belum mengenal pasti kenderaan yang merempoh  motor sikal dinaiki mangsa kerana setakat ini belum ada laporan polis.Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Lee Chong Chern mengesahkan kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.