Che Ta Dan Zain Tayang Gambar Bercumbu Pula!

Belum pun reda isu gambar ‘mesra’ pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta di atas katil baru-baru ini, muncul satu lagi gambar yang tidak kurang kontroversinya.

Gambar yang dimuatnaik Che Ta itu memperlihatkan kedua-duanya sedang bercumbuan di hadapan Eiffel Tower di Paris.

Ia sekaligus mewujudkan dua blok di kalangan pengikutnya di akaun Instagram.

Che Ta 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada yang menyokong dengan menganggap ia perkara yang halal untuk dilakukan oleh suami-isteri, manakala ada yang membantah atas alasan kemesraan suami-isteri perlu ada batasnya pada pandangan umum.

Hmm..bagi kami pula, tak salah jika hendak mempamerkan kasih-sayang antara suami-isteri kepada umum.

Tetapi berpada-padalah mengikut adat, budaya dan agama kita yang cukup menekankan ciri-ciri kesopanannya.

Rasanya, kalau tak tunjuk adegan mesra pun, orang luar tahu Zain dan Che Ta memang sedang ‘mabuk’ diulit cinta…tak gitu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.