Anwar Tiada Hak Beri Ceramah Agama

JAKARTA – INDONESIA. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ceramah mengenai tamadun dan nilai-nilai Islam di sebuah universiti di Indonesia, baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mempunyai hak untuk menyampaikan kuliah agama kerana beliau sendiri berdepan dengan isu moral.

“Kalau nak cakap pasal Islam mesti praktik sekurang-kurangnya, tidak buat yang dilarang oleh agama.

“Saya hairan kerana diterima orang macam ini (Anwar) cakap pasal tajuk yang dia tiada hak sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Mahathir hairan dengan tindakan penganjur yang sanggup mengundang Anwar untuk memberi ceramah berkaitan agama.

Beliau berkata ramai dalam kalangan pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi dari segi amalan dan cara hidup mereka berbeza dengan apa yang dituntut oleh agama.

Media Indonesia baru-baru ini, melaporkan Anwar diundang untuk menyampaikan ceramah eksekutif bertajuk ‘Nilai-Nilai Islam dan Kebangkitan Semula Ummah Islam’ di kampus Universiti Al-Azhar Indonesia. – Bernama

2 thoughts on “Anwar Tiada Hak Beri Ceramah Agama

  • May 15, 2014 at 7:05 pm
    Permalink

    ape yg nk diherankan dgn manusia yg bernama anwar ibrahim tu, sesuatu yg nyataaa dye wat salah p=opnmasih lg nafi n terus spin spin smpy pentaksub rela bergolek berguling…harus hati2 dgn manusia yg penuh tipou muslihat putar alam pelakon serba boleh di alam nie….

    Reply
  • May 15, 2014 at 7:15 pm
    Permalink

    Sama gak macam org yg menguatkuasakan undang2..dia sendiri x ikut undang2..mcm ketam mengajar anak berjalan betul..what to do Tun..inilah dunia…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.