Isu tanah UMNO, Zahid pembohong – Tun Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau enggan menandatangani surat perlepasan tanggungjawab sebagai pemegang amanah ke atas satu aset kepunyaan UMNO.

Dakwaan tersebut sebelum ini dilemparkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan disambut pula oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Puad Zarkashi.

“Saya tak tahu apa nak kata pasal tahap pemikiran mereka ini,” kata Dr Mahathir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, UMNO sendiri telah memfailkan saman pemula terhadap Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan bukan terhadap beliau, manakala dokumen mahkamah yang difailkan turut menyatakan bahawa beliau bersama tiga lagi pemegang amanah telah pun menandatangani surat akuan bersetuju untuk pindah milik tanah tersebut kepada UMNO pada 27 Oktober 2015.

Jelas beliau lagi, kebenaran pindah milik itu telah pun diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 28 Disember 2015, namun proses tersebut terbantut pada Mei 2017 disebabkan isu teknikal berkaitan ketidaksamaan nama dalam geran dan kad pengenalan.

“Oleh itu, jelas tidak timbul soal saya tidak mahu lepas harta UMNO. Saya telah buat akuan bersetuju pada tahun 2015 lagi,” tegas Dr Mahathir.

Tambahnya, tindakan Zahid dan Puad menyebarkan dakwaan tidak berasas itu hanya bertujuan memburukkan namanya, malah beliau telah memfailkan saman fitnah terhadap Zahid sebelum ini dan sedang mempertimbangkan tindakan sama terhadap Puad.

“Tak malukah berbohong dan fitnah tak berhenti-henti? Tapi kalau fitnah ini kerana tidak faham, mungkin ahli UMNO perlu fikir semula sama ada kaki bohong layak terus jadi Presiden ataupun Speaker DUN Johor, tulis beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat