PPBM Tanding 6 Kerusi Parlimen, 9 DUN Di Pahang

TEMERLOH  – PPBM hari ini mengumumkan bertanding di enam kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Enam kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu ialah di Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran dan Kuala Krau.

Kerusi-kerusi DUN pula ialah Padang Tengku, Tahan, Peramu Jaya, Bebar, Chenor, Jenderak, Kemayan, Bukit Ibam dan Muadzam Shah.

Pengumuman yang dibuat Pengerusi Perhubungan PPBM negeri, Wan Mohd. Shaharir Wan Abdul Jalil itu menyaksikan PPBM

meletakkan Ketua Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd. Shahar bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Calon-calon kerusi Parlimen lain ialah Timbalan Ketua PPBM Lipis, Ahmad Pozi Yahaya diletakkan bertanding di Lipis; Wan Mohd. Shaharir (Jerantut); Exco Pemuda PPBM Pusat, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir(Paya Besar); Ahmad Farid Ahmad Nordin (Maran) dan Mohamad Rafidee Hashim di Kuala Krau.

Bagi DUN pula, Timbalan Pengerusi PPBM negeri, Datuk Salim Abd. Majid diletakkan bertanding di DUN Peramu Jaya; AJK PPBM Lipis, Alias Abd. Rahman (Padang Tengku), Nordin Samat (Tahan), Naib Ketua Bahagian Kuantan, Afif Syirol Abdul Rahman (Bebar), Ketua Srikandi PPBM, Zuliana Mohamed (Chenor), Faizah Baharom (Jenderak); Mohamed Jidi Yaakob (Kemayan); Zulkarnain Mohamad Ridzun (Bukit Ibam) dan Muadzam Shah akan ditandingi Ketua Penerangan PPBM, Osman A. Bakar. – UTUSAN ONLINE

 

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.