Borang PPBM Dilempar, 281 Bekas Ahli Sertai UMNO

PASIR SALAK – PPBM Bahagian Pasir Salak lumpuh apabila 281 ahli dari cawangan Pasir Salak dan Kampung Gajah diketuai Bekas Penolong Pendaftar bahagian itu, Zainal Abidin Hussin mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO pada Sabtu.

Bekas Penolong Pendaftar PPBM, Zainal Abidin Hussin berkata beliau bersama 280 yang lain telah hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti.

“Kami bertindak keluar parti atas kesedaran anggota yang tidak yakin dengan kepimpinan PPBM yang hanya mahu merebut pangkat dan kuasa sehingga meminggirkan kami,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Katanya lagi tindakan itu juga berikutan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang enggan mendengar suara akar umbi.

“Kami diperingkat bawahan tertanya-tanya kemana arah kami sekiranya ketua-ketua berebut jawatan dan mengambil keputusan kembali kepada UMNO setelah menjadi ahli PPBM selama hampir setahun,” katanya.

Beliau berkata tindakan itu mengakibatkan ahli kepercayaan sekaligus hilang kepercayaan kepada parti pembangkang itu.

“Dalam PPBM ini, berebut-rebut kuasa, perebutan jawatan. Jadi kami di peringkat bawahan tertanya-tanya ke mana arah kami nak pergi sekiranya mereka berebut-rebut di peringkat atasan,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam gimik penyerahan borang keahlian itu, Zainal Abidin bertindak melempar borang-borang keahlian PPBM milik serta yang lain dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Tajuddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.