Peguam Hina Presiden Mesir Dipenjara 10 Tahun

CAIRO – Sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap seorang peguam kerana perbuatan menghina presiden Mesir dan menghasut keganasan dalam catatan di Facebook.

Mahkamah di Iskandariah turut mengenakan Mohammed Ramadan hukuman tahanan rumah selama lima tahun dan larangan penggunaan internet sepanjang tempoh tersebut.

Peguam Ramadan membidas keputusan itu sebagai ‘sangat keras’.

Baginya, ia untuk dijadikan “mesej kepada orang ramai yang mengkritik kerajaan”. -AFP/RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.