Makin Tegang, Isu Korea Utara Cuma Tunggu Masa Meletus Perang

BEIJING – Konflik berhubung Korea Utara boleh tercetus pada bila-bila masa, kata Menteri Luar China, Wang Yi, ketika ketegangan semakin memuncak dengan Amerika Syarikat (AS).

Beliau memberi amaran, tiada pihak akan mencapai kemenangan jika berlaku perang.

Amaran itu dikeluarkan selepas Presiden Donald Trump berkata, ‘masalah’ Korea Utara ‘akan diselesaikan’, ketika spekulasi menyatakan negara terpencil itu bersiap sedia melancarkan ujian terbaru nuklear atau peluru berpandu.

“Kebelakangan ini, ketegangan memuncak di AS dan Korea Selatan pada satu pihak, dan Korea Utara pada pihak satu lagi, dan berasakan konflik boleh tercetus pada bila-bila masa.

“Jika perang meletus, semua pihak akan kalah dan tiada pemenang,” kata Wang ketika sidang akhbar bersama dengan rakan senegaranya dari Perancis, Jean-Marc Ayrault.

Wang berkata, mana-mana pihak yang memulakan konflik ‘perlu bertanggungjawab dan membayar harga mahal.’

Penasihat dasar luar Rumah Putih, semalam berkata AS menilai tindakan ketenteraan sebagai reaksi kepada program senjata Korea Utara, berkata satu lagi ujian provokatif adalah mengenai persoalan ‘bila’, bukannya ‘jika.’ “Dialog adalah satu-satunya pilihan yang ada,” kata Wang. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.