Video : Deklarasi Hanya Untuk Guling Najib, Bukan Pembebasan Anwar – Tun M

Oleh : Wan Nasrah Abdul Rahim

 

SHAH ALAM – “Kalau kita nak buat keputusan berkenaan dengan Anwar, dengan itu dengan ini (pelbagai perkara), hasilnya kita akan berpecah belah,” kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di forum anjuran Pakatan Harapan, di sini.

 

Beliau berkata demikian semasa menjawab persoalan yang dikemukakan oleh seorang peserta yang mengharapkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibebaskan sekali gus menjadi satu daripada agenda deklarasi rakyat.

 

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, selagi Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, semua pihak tidak dapat melakukan sebarang perubahan.

 

 

“Kalau boleh dia (Najib) guna akta sekuriti dia tangkap beberapa orang dan semua berasa takut dan dia kekal sebagai Perdana Menteri.

 

“Kalau untuk pilihan raya dia guna penipuan dan dia menang lagi, apa jadi pada perjuangan kita nak singkirkan Najib? Sebab itu, kita perlu bersatu untuk satu tujuan sahaja, iaitu untuk menyingkir Najib,” ujarnya.

 

Terdahulu, Tun Mahathir berkata, perkara utama dalam deklarasi yang ditandatanganinya bulan lalu adalah demi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatannya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.