Poster Mahathir ‘Bollock’ Ditampal Di Ibu Kota

 

KUALA LUMPUR – Beberapa poster Mahathir ‘B0llock’ kelihatan ditampal di pusat tumpuan ramai sekitar Kuala Lumpur.

 

Antara kawasan yang banyak ditemui, di Jalan Genting Kelang dan Pasar Seni.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, kebanyakan orang ramai yang melalui kawasan itu tidak mengetahui maksud sebenar poster tersebut.

 

Poster yang ditampal di sekitar pusat tumpuan ibu kota itu tertera tulisan ‘Bollock’ dan memuatkan lakaran gambar Tun Mahathir yang membawa maksud tersendiri.

 

Dalam pada itu, ‘Bollock’ yang merupakan slang British bermaksud omong kosong, karut dan temberang.

 

SuaraTV telah mendapatkan beberapa pandangan daripada pimpinan politik dan sebahagiannya menganggap ia sebagai serangan poster, Mahathir lawan Najib.

 

Sebelum ini, poster yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim #AnwarForPresident pernah ditampal di seluruh ibu kota bersama khabar angin ancaman bom di kawasan tertentu bagi menakut-nakutkan orang ramai.

 

Perkara tersebut telah menimbulkan panik dan viral menerusi laman sosial yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.

 

Bagaimanapun, pihak SuaraTV masih mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa berhubung perkara ini.-SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.