Demi Ceramah Dr Zakir Naik, 40,000 Tidak Berganjak Walau Hujan

KEMAMAN ― Hampir 40,000 orang yang hadir untuk mengikuti ceramah terakhir pendakwah terkenal Dr Zakir Naik di Terengganu malam tadi tidak berganjak walaupun hujan renyai-renyai.

 

Program yang diadakan di Padang Astaka di sini merupakan ceramah keempat Dr Zakir Naik sejak tiba di Terengganu pada 9 April lepas.

 

Kebanyakan mereka, yang hadir bermula 7.30 malam, tidak berganjak dan setia menunggu beliau memulakan topik syarahan bertajuk “Muslim Choice ― Dakwah or Destruction” (Pilihan orang Islam: Dakwah atau kemusnahan).

 

Beliau memulakan syarahan pada 8.45 malam dan hujan akhirnya berhenti 15 minit kemudian.

 

Selain masyarakat berbilang bangsa dan agama, turut hadir mendengar ceramah Dr Zakir Naik ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

 

Tinjauan Bernama mendapati ada kalangan yang hadir ialah dari Pahang serta Kelantan. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.