Pesawat Asiana Airlines Terbabas Ketika Mendarat

HIROSHIMA (JEPUN) – Seramai 20 orang cedera apabila pesawat Asiana Airlines tergelinciri ketika selepas mendarat di barat Jepun.

 

Lapangan terbang Hiroshima melaporkan bahawa ekor pesawat mencecah landasan semasa mendarat, menyebabkan berlaku percikan api namun tiada kebakaran berlaku, kata Jabatan Bomba Bandar Mihara.

 

Lapangan terbang itu ditutup sejurus kejadian untuk siasatan.

 

Para pegawai yang menjalankan siasatan menemui kerosakan kemudahan komunikasi wayarles berhampiran landasan, disyaki punca pesawat Airbus A320 itu mencecah landasan sebelum mendarat.

 

Menteri Pengangkutan, Shunichiro Sasaki berkata, kemalangan itu menyebabkan sayap kiri dan kanan enjin pesawat itu rosak.

 

Satu objek dipercayai antena daripada kemudahan komunikasi itu ditemui terperangkap dalam kiri gear pendaratan pesawat, Kyodo News melaporkan, memetik Kementerian Pengangkutan.

 

Ketika kejadian, pesawat Asiana 162 itu membawa 74 orang penumpang dan lapan anak kapal dari Lapangan Terbangan Incheon di Korea Selatan.

 

Para penumpang hanya mengalami kecederaan ringan dan tidak ada seorang pun yang mengalami kecederaan serius. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.