Lelaki Desak MBPP Musnahkan Masjid Kerana Benci Laungan Azan

Kuala Lumpur – Satu salinan surat aduan yang tersebar di laman media sosial berkenaan bantahan terhadap laungan azan dari sebuah masjid di Tanjung Bunga, Pulau Pinang.

 

Tindakan itu kemudiannya mencetuskan kemarahan umat Islam berikutan kandungan surat yang ditulis itu bersifat provokasi.

 

Melalui kandungan surat tersebut, ia dikatakan ditulis oleh individu yang dikenali sebagai sebagai Ivan Goh Lee yang antara lainnya meluahkan kebencian kerana mendakwa laungan azan yang dipasang terlalu kuat.

 

Beliau turut dikatakan mendakwa tindakan itu telah mengganggu keselesaan penduduk setempat.

 

“Saya tidak takut sekiranya ada dikalangan kamu yang akan mengugut saya atau mengarahkan 100 orang untuk menyerang rumah saya kerana Malaysi mempunyai undang-undang.

 

“Saya benci bila bunyi pembesar suara yang melaungkan azan terlalu kuat mengganggu orang lain,” memtik kandungan surat yang tersebar itu.

 

Turut tertera dalam surat itu beberapa perkataan kesat yang menghina Islam serta cabaran terbuka kepada siapa sahaja yang berani supaya datang berdepan dengannya.

 

Penulis surat itu juga memberitahu akan memanjangkan aduannya itu kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) supaya tindakan memusnahkan masjid tersebut dapat dilakukan.

 

Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan kesahihah surat tersebut, sama ada ia ditulis oleh individu terbabit atau sebaliknya.

 

Dalam perkembangan yang sama, laman sesawang the hypemedia melaporkan NGO Perkasa Pulau Pinang akan membuat laporan polis supaya perkara ini disiasat dan tindakan bersesuaian dapat diambil. – SuaraTV
Hina Azan

One thought on “Lelaki Desak MBPP Musnahkan Masjid Kerana Benci Laungan Azan

  • April 15, 2015 at 9:03 pm
    Permalink

    Tindakan provokatif spt ini lah yg mengundang kematian beberapa penulis di luar negara…dan negara kita juga tidak terkecuali dari tindakan seperti ini jika sifat provokatif spt ini berterusan.Sekiranya artikel ini benar laporan polis hendaklah dibuat dan tindakan paling tegas perlu diambil supaya perkara seperti ini tidak berlarutan dan menjejaskan kesejahteraan negara.Tindakan buang negeri juga boleh disyorkan diambil serta merta.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.