Gadis Hilang Ditemui Kembali

KUALA LUMPUR – Seorang gadis berusia 13 tahun yang hilang sejak Jumaat lalu akhirnya dijumpai semula di Setapak.

 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, Low Yu Mun, yang kali terakhir dilihat di Jalan Ehsan Utama, Taman Daya pada Jumaat lalu ditemui polis di Setapak lewat malam Selasa.

 

“Dia hidup dan sihat.

 

“Siasatan awal mendapati dia telah pergi ke sebuah pusat membeli-belah bersama seorang rakan dan kemudiannya tinggal di rumah rakannya itu tanpa pengetahuan ibu bapanya,” katanya pada Rabu.

 

Dilaporkan bahawa gadis itu dilihat kali terakhir di Jalan Ehsan Utama, Taman Daya di sini semasa dalam perjalanan ke sekolah sesi petang.

 

Ali berkata, gadis itu dibawa pulang oleh bapanya pada malam Selasa.

 

“Pelajar itu dan bapanya akan datang ke balai polis untuk merakamkan kenyataan mereka.

 

“Kita akan mengetahui cerita penuh mengenainya nanti,” katanya. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.