Buaya Baham Lelaki, Ditembak Mati

Kuala Lumpur – Buaya seberat 600 kilogram berjaya ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) selepas haiwan itu didapati menyerang seorang lelaki di Kampung Sungai Reban di Samarahan pada 26 Mac lalu.

 

Ketua Polis Daerah, DSP Chung Aik Peng, berkata, reptilia itu yang berukuran 5.2 meter ditembak mati dalam satu operasi yang dijalankan kira-kira 180 meter dari tempat mangsa diserang.

 

“Buaya tersebut telah ditangkap dan dibunuh kira-kira 180 meter dari mana si mati, Yusman Yusuf, 31, telah diserang.

 

“Haiwan itu mempunyai kecederaan di bahagian kepala yang konsisten dengan serangan Yusman menggunakan parang dan kami positif buaya itu yang bertanggungjawab akan serangan tersebut,” katanya.

 

Operasi memburu buaya tersebut bermula Sabtu lalu dan ia melibatkan empat anggota SFC dan dua anggota polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.