Polis Parah, Kereta Peronda Dihempap Palang Besi

Kuala Lumpur: Seorang anggota Polis Bantuan nyaris maut apabila kereta dinaikinya dihempap palang besi yang tumbang dirempuh lori tangki di Jalan Persiaran Setia, Subang Jaya, semalam.

Anggota terbabit yang masih belum dikenal pasti cedera parah tersepit dalam kereta Proton Inspira dalam kejadian kira-kira jam 7 petang.

Polis 2

Tiang melambung

Lori tangki itu dikatakan terlanggar besi palang had ketinggian jalan di laluan bertentangan sebelum tiang logam itu melambung dan menghempap kereta dinaiki tiga anggota Polis Bantuan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa berusia 30 tahun itu yang memandu kereta patah tangan manakala dua rakannya selamat.

“Anggota Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke Hospital KPJ Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu lori gagal dikesan selepas dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sebaik kemalangan, namun usaha mengesan sedang dilakukan,” katanya.

One thought on “Polis Parah, Kereta Peronda Dihempap Palang Besi

  • April 15, 2014 at 6:01 pm
    Permalink

    Pemandu lori lari laju laju la sebab kawasan tu memang lori tak dibenarkan masuk, dan palang tu bertujuan untuk halang kenderaan berat masuk, Jambatan yg menghubungkan USJ heights dan USJ 3A, Papan tanda dah terang terang ada tapi pemandu tu nak lalu jugak mungkin nak elak kesesakan trafik, kes lori masuk laluan tu dah banyak cuma yang ni tersangkut teruk selama ni MPSJ asyik kena repair je papan tanda kat situ…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.