Sepatutnya Sejak Hari Pertama Lagi Dah Diisytiharkan Darurat – TMJ

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak mengisytiharkan darurat becana di Pasir Gudang susulan pencemaran kimia yang bermula minggu lalu.

Tunku Ismail berkata darurat sepatutnya diisytiharkan sejak hari pertama ia berlaku.

“Dua ribu orang terkesan tetapi tidak perlu isytihar darurat, wow.

“Sepatutnya sejak hari pertama sudah isytihar darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat jaminan ia selamat,” ciapnya di Twitter hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat tetapi pada masa sama menasihatkan semua pihak untuk terus berhati-hati dan dalam keadaan bersedia memandangkan masalah itu belum berakhir.

Beliau berkata demikian selepas kunjungannya di beberapa kawasan terjejas di sana dan mendengar taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Beberapa pihak telah menggesa agar pengisytiharan itu dibuat, termasuk oleh Anggota Parlimen Pasir Gudang yang membawa usul tergempar di Parlimen semalam.

Tunku Ismail bagaimanapun menerima keputusan kerajaan itu tetapi mencadangkan kawasan yang terjejas dikosongkan buat sementara.

“Tak isytihar tak apa. Tapi sekurang-kurangnya kosongkan kawasan sehingga semuanya stabil dan selamat,” katanya lagi.

Tunku Ismail dilaporkan melawat Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MMPG) yang dijadikan sebagai tempat rawatan awal bagi meninjau mangsa dan kelancaran operasi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Johor, Dr Sahruddin Jamal, setakat malam tadi kira-kira 2,000 orang telah terjejas dengan pencemaran kimia akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. – Mkini

Berita Berkaitan;-

Jumlah Mangsa Pencemaran Kimia Di Johor Kini Meningkat Kepada 3,555 Orang

Insiden Pencemaran Kimia Belum Kritikal, Tak Perlu Isytihar Darurat – Dr Mahathir

Pakar Alam Sekitar Gesa Kerajaan Isytihar Darurat, Pindah Segera Penduduk

Insiden Pencemaran Toksik Di Johor Bukan Isu Besar – Osman Sapian

Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Kerja Pembersihan Bahan Kimia

Kerajaan Johor Lemah, Gagal Urus Isu Pencemaran Bahan Kimia

Usul Isytihar Darurat Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang Ditolak – Timb. Menteri

One thought on “Sepatutnya Sejak Hari Pertama Lagi Dah Diisytiharkan Darurat – TMJ

  • March 15, 2019 at 10:23 pm
    Permalink

    Sepatutnya istihar darurat sbb makin ramai yg kena tempias malah 2000 org yg dirawat apa kah darurat tk bolih istihar?? Smoga allah swt turunkan hujan agar bolih bersihkan habuk2.. dan lokasi..
    Mohon allah swt pulihkan toksid2 yg cemar..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.