Jumlah Mangsa Pencemaran Kimia Di Johor Kini Meningkat Kepada 3,555 Orang

PASIR GUDANG – Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.

Dengan perkembangan tersebut, seramai 3,555 individu telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan awal sejak kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dilaporkan pada 7 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada 780 yang dirujuk sehingga malam tadi, hanya 202 individu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Dan daripada 202 kes pula, seramai 113 individu dimasukkan hospital iaitu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Sahruddin berkata, seramai 531 mangsa yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – Kosmo!

Berita Berkaitan;-

Insiden Pencemaran Kimia Belum Kritikal, Tak Perlu Isytihar Darurat – Dr Mahathir

Insiden Pencemaran Toksik Di Johor Bukan Isu Besar – Osman Sapian

Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Kerja Pembersihan Bahan Kimia

Kerajaan Johor Lemah, Gagal Urus Isu Pencemaran Bahan Kimia

Usul Isytihar Darurat Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang Ditolak – Timb. Menteri

4 thoughts on “Jumlah Mangsa Pencemaran Kimia Di Johor Kini Meningkat Kepada 3,555 Orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.