Mayat Wanita Warga Indonesia Ditemui Dalam Almari

Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dalam sebuah almari di sebuah rumah di Flat Green Garden, Air Itam, di George Town semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, mayat Santi Restauli Simbolan, 25, ditemui dalam keadaan terduduk dan terkunci dalam sebuah almari di dalam bilik utama rumah sewa teman lelakinya oleh dua lelaki yang merupakan rakan serumah teman lelaki wanita itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata rumah sewa itu didiami tiga lelaki warga Nepal termasuk teman lelaki mangsa yang bekerja di kilang yang sama dengan wanita berkenaan di Bayan Lepas.

“Dua lelaki itu memecahkan pintu bilik lelaki terbabit apabila terhidu bau busuk dari bilik itu sejak dua hari lepas dan mereka turut memecahkan pintu almari yang berkunci itu. Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai mati sejak empat hari lepas,” katanya semalam.

Beliau berkata mangsa yang tinggal di tingkat 17 flat yang sama dilihat berada dalam rumah sewa teman lelakinya pada Jumaat lepas dan tidak keluar dari bilik berkenaan selepas itu.

Anuar berkata teman lelaki wanita berkenaan berusia 27 tahun yang identitinya telah dikenal pasti itu telah melarikan diri dan kali terakhir dilihat di rumah itu Sabtu lepas.

Beliau berkata usaha mengesan suspek giat dijalankan dan setakat ini polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan itu adalah kerana cemburu.

“Polis menahan dua rakan serumah suspek yang berusia 22 dan 23 tahun bagi membantu siasatan. Mayat mangsa di hantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site! Open

Close