Selangor Dilimpahi Pelacur Asing

 

PETALING JAYA – Pihak berkuasa yang tergamak menerima bayaran bulanan daripada tauke-tauke pusat urut menyebabkan aktiviti maksiat di Selangor te­rus bermaharajalela, lapor Kosmo.

Lambakan khidmat seks yang berselindung di sebalik operasi rumah urut bagai cendawan tumbuh selepas hujan ekoran pelbagai agensi penguat kuasa didakwa korup dan melindungi kegiatan tersebut.

Siasatan di beberapa lokasi di negeri ini membuktikan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kegiatan penguat kuasa makan rasuah bagi melindungi aktiviti pelacuran memang benar.

Tinjauan di Dataran Sunway di Kota Damansara; Taman Sea Park di Petaling Jaya dan Puchong mendapati 70 hingga 80 peratus khidmat seks ditawarkan di sebalik operasi rumah urut.

Di sekitar Dataran Sunway sahaja dikesan terdapat kira-kira 30 buah rumah urut, Taman Sea Park sebanyak 20 buah manakala di Puchong kira-kira 15 buah rumah urut.

Semua papan tanda di ketiga-tiga lokasi itu mempamerkan khid­mat urutan namun akti­viti menawarkan khidmat seks dibuat secara terbuka. Pelacur-pelacur yang ditawarkan keba­nyakan membabitkan gadis Thailand, Vietnam dan China.

Hasil tinjauan juga mendapati modus operandi khidmat seks yang ditawarkan berkembang selaras dengan perkembangan teknologi iaitu dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan WeChat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.