Video: Kalau Masih Hidup, Nik Aziz Akan Tampar Husam Kata Khalid Ismath

KUALA LUMPUR – Aktivis propembangkang, Khalid Mohd. Ismath menyelar tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang memuji bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup tunduk untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

 

Khalid melalui akaun media sosialnya semalam menyifatkan tindakan Husam itu seperti menjilat Tun Mahathir sehingga licin.

 

“Husam boleh kata Mahathir adalah pemimpin yang berani? Habis dijilatnya Mahathir selicin-licinnya sampai basah. kah kah kah. Husam… Husam.

 

“Kalau Tok Guru Nik Aziz hidup lagi, mungkin dah lama Tok Guru tampar Husam, mungkin sebab itu Tok Guru tak letak Husam sebagai MB Kelantan sekian,” tulisnya di Twitter.

 

Terdahulu Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor menyokong tindakan Tun Mahathir dan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai berani sehingga sanggup masuk penjara sekiranya ditangkap.

 

 

“Disebabkan ada orang berani macam Tun, sebab itu kita mahu tumpang (bekerjasama) dengan dia, sebab saya tak berani macam dia, malah dia umumkan tak ada masalah kalau masuk jel dan duduk sebelah Anwar, saya tak nak.

 

“Siapa berani cakap macam tu.. kalau dulu kita boleh tumpang belakang Datuk Seri Anwar sebab dia berani, sebab kita ni pura-pura berani tapo sekarang kita boleh tumpang belakang Tun Mahathir, ” kata Husam dalam satu forum bertajuk “Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?” di Kuala Lumpur malam tadi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.