Video: Bergurau Minta Najib Cari Bini Iban, Adenan Minta Maaf

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem membuat permohonan maaf atas jenakanya terhadap perdana menteri apabila ‘mencadangkan’ Datuk Seri Najib Razak mendapatkan isteri baru daripada kalangan etnik Iban.

 

Kata Adenan kenyataan itu dibuat sekadar untuk bergurau dan tiada berniat jahat.

 

“Malah perdana menteri pun ketawa. Beliau tahu ia (kenyataan berkenaan) cuma jenaka.

 

“Tetapi jika ada mana-mana pihak terasa, saya memohon maaf,” katanya dipetik The Star Online hari ini.

 

 

Kenyataan spontan Adenan itu dibuat ketika Najib mengadakan lawatan rasmi di Sarawak Sabtu lalu.

 

Di majlis itu Adenan mengucapkan rasa terima kasih atas kekerapan Najib mengunjungi negeri berkenaan tetapi masih belum dapat berbahasa Iban.

 

Secara berseloroh Adenan kemudian menyatakan jika Najib mahukan isteri baru, beliau perlu mencari wanita di kalangan masyarakat Iban.

 

Bagaimanapun beliau segera memaklumkan kenyataan berkenaan hanyalah gurauan.

 

Komen Adenan berkenaan kemudian mendapat kritikan daripada Persatuan Siswazah Dayak Sarawak yang menganggapnya ia sebagai tidak melucukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.