Tun Mahathir Keluar ‘Parti Najib’, Bukan Keluar Umno, Kata Mukhriz

PUCHONG – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad secara ‘rohaniahnya’ masih kekal dalam Umno.

 

Katanya, mana mungkin seorang yang ‘berdarah keris’ sanggup meninggalkan parti yang disertainya sejak remaja.

 

‎”Tun Dr Mahathir  keluar Umno… tetapi hatinya dan jiwa beliau tetap Umno.

 

“Bukan semudah itu beliau hendak keluar Umno, ingin saya tegaskan hari ini bahawa yang Dr Mahathir keluar itu adalah parti Najib bukan parti Umno,” katanya di Program Sepetang Bersama Mukhriz di sini, hari ini.

 

Mahathir bulan lalu mengumumkan keluar Umno kerana tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

Ia merupakan tindakan kali kedua Mahathir selepas berbuat demikian buat kali pertama ketika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 

Seperti bapanya, Mukhriz berkata, beliau juga akan terus teguh bersama Umno kerana baginya permasalahan yang berlaku kini bukanlah masalah Umno sebaliknya individu.

 

“Walaupun saya dikecam kini, saya tidak hirau sangat kerana itu ujian dunia.

 

“Ingin saya tegaskan hari ini, bahawa masalah sekarang adalah dibawa oleh individu, bukan parti,” katanya. – Sinar

One thought on “Tun Mahathir Keluar ‘Parti Najib’, Bukan Keluar Umno, Kata Mukhriz

  • March 16, 2016 at 11:18 am
    Permalink

    Belajar tinggi tapi bangang… mana ada parti Najib bodoh.. kalau hati dah busuk macam tu lah.. buat malu mamak je..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!