Iqwan Alif Cemburu Buta

Pendatang baru dunia seni nyanyian tanah air, Iqwan Alif yang dicungkil bakatnya melalui program bakat nyanyian realiti Akademi Fantasia 2015 kini tampil dengan single pertamanya bertajuk Cemburu Buta.

 

Komposer berprolifik, Edry Abdul Halim yang juga merupakan bekas pengetua bagi program realiti itu tahun lalu tidak membuang masa untuk memilih dan mengambil Iqwan Alif sebagai artis naungan KRU Music sebaik sahaja tamat kontraknya dengan Astro sekaligus menjadikan Iqwan Alif sebagai artis pertama disunting untuk berada di bawah naungan KRU Music bagi tahun 2016.

 

Dikenali sebagai Iqwan AF2015 sebelum ini, Iqwan tidak ralat untuk memperkenalkan jenama Iqwan Alif dan tekad menggunakan namanya sendiri sebagai nama pentas.

 

Cemburu Buta merupakan taruhan pertama Iqwan Alif untuk mula bertapak dalam karier seni suaranya sebagai penyanyi. Single ini dicipta sepenuhnya oleh Yusry Abdul

 

Berbekalkan genre pop, Cemburu Buta mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai seorang teman wanita yang sangat kuat cemburu.

 

Penyanyi yang kini berusia 21 tahun ini berharap kemunculannya bersama single terbaru ini dapat diterima baik oleh semua dan menjadi senjata asas baginya untuk terus kekal berjuang dalam industri seni tanah air negara.

 

Cemburu Buta secara rasminya telah dilancarkan hari ini dan video liriknya boleh ditonton di laman YouTube KRU Music. Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes dan pelbagai platform muzik digital yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.