Video: Rakaman Detik Cemas Tayar Pesawat Meletup Ketika Mendarat

Denver -Penerbangan United Express dari Denver ke Kansas City terpaksa berpatah balik apabila dilaporkan mengalami masalah teknikal sejurus berlepas dari landasan.

 

Menurut FlightAware semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat dalam satu kejadian pada pagi Sabtu lalu yang melibatkan pesawat penerbangan 4879.

 

 

Paling mengejutkan apabila episod cemas tayar kapal terbang yang meletup ketika mendarat itu sempat dirakamkan oleh salah seorang penumpang pesawat terbabit.

 

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 09 saat itu menunjukkan semua penumpang kelihatan cemas sebelum bersorak gembira apabila pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat.

 

Sujurus selepas pesawat tersebut dihentikan di atas landasan, kesemua 71 penumpang dan 4 anak kapal diarahkan turun dari melalui pintu belakang dengan mengunakan tangga kecemasan.

 

Landasan tersebut kemudianya ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja menunda pesawat tersebut dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.