Video: Pecah Kereta, Suspek Dibelasah Orang Awam

Johor Bahru – Seorang lelaki menerima padah apabila dibelasah oleh orang ramai kerana disyaki cuba mencuri dengan memecahkan cermin sebuah kereta berhampiran sebuah pasar raya di Nusa Bestari dekat sini, Jumaat lalu.

 

Beberapa pengendali laman Facebook sebelum ini memuatnaikkan rakaman seorang lelaki dibelasah oleh orang ramai yang marah dengan tindakannya yang dikatakan terlibat dengan kes ragut.

 

Namun menurut Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Noor Hashim Mohamad ketika dihubungi SuaraTV berkata lelaki tersebut ditahan kerana terlibat dengan kes pecah kereta.

 

Menurutnya dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, suspek yang berusia sekitar 20-30 tahun dilihat berada dalam keadaan yang mencurigakan.

 

 

“Orang awam melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahannya.

 

“Ketika ditahan lelaki tersebut dikatakan cuba melawan dan berlaku pergelutan” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurutnya suspek berketurunan Melayu itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

“Suspek ditahan di bawak Seksyen 379 dan siasatan awal mendapati suspek turut terlibat dalam satu kejadian pecah kereta yang berlaku baru-baru ini.

 

 

“Hasil dari tangkapan itu, pihak polis berjaya menemui semula beberapa barang yang disyaki dicuri dalam kejadian pecah kereta itu” katanya lagi.

 

Seksyen 379 Kanun Keseksaan menetapkan, mereka yang di dapati bersalah akan dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.