Tukang Sapu Maut Dalam Letupan Bom

Kaherah – Seorang tukang sapu maut apabila sebutir bom meletup di sebatang jalan di tengah ibu negara ini pada Sabtu, lapor seorang pegawai keselamatan.

 

Letupan itu dilaporkan berlaku berhampiran landasan tren di kawasan kejiranan di Mattariya yang merupakan kubu kuat penyokong yang menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

 

Disebabkan penggulingan Morsi oleh tentera pada 2013, rakyat yang memberontak sering melakukan serangan bom di Kaherah dan sasaran utama mereka adalah polis dan tentera.

 

Serangan terbaru itu dilakukan ketika persidangan pelaburan sedang berlangsung di Resort Laut Merah Sharm el-Sheikh, kira-kira 400 kilometer ke tenggara Kaherah dan ia telah menarik perhatian para pemimpin dan ahli perniagaan global.

 

Kawalan keselamatan telah dipertingkatkan sepanjang persidangan tersebut.

 

Letupan itu adalah peringatan untuk Presiden Abdel Fattah al-Sisi disebabkan pergolakan yang berlarutan sejak beliau mengambil alih pentadbiran Mesir.

 

Beliau menggulingkan Morsi pada 2013 dan sejurus itu memenangi pilihan raya presiden yang menyebabkan kemarahan penyokong Morsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.