Syarikat Enggkar Arahan Beri Cuti Umum Pada Pekerja

Johor Bharu – Kerajaan negeri Johor akan menghantar pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja untuk melakukan siasatan dan berbincang dengan mana-mana majikan yang enggan memberikan pelepasan cuti am pada 23 Mac ini.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Dan Sumber Manusia, Vidyananthan a/l Ramanadhan yang dihubungi SuaraTV, pihak majikan seharusnya akur dengan arahan kerajaan negeri bagi memberi peluang kepada rakyat untuk bersama-sama meraikan Majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor.

 

“Saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk menyiasat mengenai perkara ini dan berjumpa dengan majikan bagi menasihatkan mereka untuk akur dengan arahan yang telah dikeluarkan.

 

“Mereka (pihak majikan) seharusnya menghormati keputusan (untuk memberikan pelepasan cuti umum) kerajaan negeri kerana mereka menjalankan perniagaan di negeri Johor” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Laman media sosial sebelum ini menyebarkan ‘printscreen’ surat makluman sebuah syarikat di negeri ini yang enggan memberikan pelepasan cuti am.

 

“Merujuk kepada perkara diatas, kami ingin memberitahu bahawa syarikat TIDAK mengistiharkan tarikh 23.03.2015 adalah sebagai cuti umum” memetik surat bertarikh 13 Mac yang disebarkan itu.

 

Sebuah portal sebelum ini turut melaporkan arahan tersebut dikeluarkan kepada semua pekerja syarikat agar tidak perlu mengikut titah Sultan kerana beranggapan ia tidak ada kena mengena dengan syarikat beliau.

 

Namun tiada sebarang pengesahan berhubung kesahihan makkumat tersebut.

 

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Istiadat Kemahkotaan tersebut akan diadakan di Istana Besar Johor, pada 23 Mac nanti.

 

Katanya, bagi memastikan kelancaran istiadat berkenaan, kerajaan negeri juga mengumumkan 23 Mac depan sebagai cuti umum (hanya bagi tahun 2015).

 

“Upacara kemahkotaan ini dilakukan selepas tempoh lima tahun Sultan Ibrahim dimasyhurkan iaitu pada 23 Januari 2010.

 

“Mengikut Fasal Empat Bahagian Kelima Lembaga Aturan bagi Perintahan Majlis Raja, Majlis Istana dan Agama 1922 memperuntukkan istiadat kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa sesuai selepas pemasyhuran.

 

“Mengikut sejarah negeri, Almarhum Sultan Abu Bakar dimahkotakan pada 29 Julai 1886 iaitu 23 tahun selepas menaiki takhta, Almarhum Sultan Ibrahim dimahkotakan pada 2 November 1895 iaitu enam bulan selepas dimasyhurkan, Almarhum Sultan Ismail pula dimahkotakan pada 10 Februari 1960 iaitu enam bulan selepas menaiki takhta,” katanya.

 

Abdul Rahim berkata, istiadat kemahkotaan adalah eksklusif, tetapi mengandungi ciri yang pernah dilakukan dalam istiadat sebelum ini bagi mengekalkan budaya istana.

 

cuti umum 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.