Portal Pro-Umno Pertikai Tindakan JAWI Dakwa Pengurus Kedai Buku

Kuala Lumpur – Tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan pengurus kedai buku rangkaian Borders di Mid Valley menimbulkan rasa kurang senang portal pro-Umno.

 

Menurut portal tersebut tindakan Jawi itu bakal mewujudkan tanda tanya di kalangan masyarakat sama ada mahu menegakkan Islam atau mewujudkan perasaan benci terhadap Islam.

 

“Malah fakta kes juga meragukan kerana pihak Borders hanya tahu mengenai pengharaman buku tersebut dalam sebaran Kementerian dalam Negeri pada Jun tahun tersebut. Sungguhpun Jawi mengisytiharkan haram lebih awal dari tarikh tangkapan, apakah pihak Jawi telah memberi notis mencukupi kepada semua kedai buku?

Ini menimbulkan tanda tanya apakah motif Jawi? Mahu menegakkan agama Islam atau mewujudkan perasaan benci orang ramai kepada kerajaan dan Islam sendiri” ujar penulis yang mengunakan nama pena KuntaKinte Malaysia melalui artikel Kes Nik Raina: Cukuplah Jawi, Banyak Kerja Dakwah Lain Boleh Dibuat

 

Mahkamah sebelum ini memutuskan untuk membebaskan Nik Raina Nik Abdul Aziz dalam kes penjualan buku kontroversi Allah, Kebebasan dan Cinta karya Irshad Manji.

 

Namun ketua pasukan pendakwaan jabatan itu kembali memfailkan rayuan mereka pada 9 Mac lalu di Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Lumpur.

 

KuntaKinte Malaysia turut mempersoalkan tindakan Jawi itu yang mahu memenjarakan umat Islam atas kesalahan orang lain.

 

“Cukuplah Jawi, tutuplah episod ini. Usah dipanjangkan lagi.

 

“Semua pihak sudah mendapat pengajaran, mengapa Jawi sebagai sebuah badan dakwah Islam masih mahu memenjarakan umat Islam lain atas kesalahan yang di luar kuasa beliau pun” uajrnya lagi di dalam artikel tersebut.

 

Nik Raina pada 26 Februari lalu dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengedar penerbitan bercanggah dengan Islam.

 

Keputusan itu mengambil kira faktor kebajikan Nik Raina dan status rayuan pendakwa syariah kepada Mahkamah Rayuan yang hanya berada pada peringkat memohon kebenaran merayu.

 

Mahkamah hari itu diberitahu bahawa Jawi pada 28 Januari lalu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati serbuannya ke atas Borders pada 2012 tidak mengikut undang-undang.

 

Rayuan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mendapati serbuan JAWI dibuat sebelum pengharaman buku Manji.

 

Baca: Kes Nik Raina: Cukuplah Jawi, Banyak Kerja Dakwah Lain Boleh Dibuat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.