Penyewa Warga Asing Dicekup

Kuala Lumpur – Tiga warga asing bukan sahaja dikenal pasti menyewa unit kedai, malah turut menyewa unit rumah di Perumahan Awam Desa Rejang daripada dua penyewa asal berbeza.

 

Perkara itu terbongkar hasil operasi bersepadu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama polis dan imigresen ke kawasan perumahan itu, malam kelmarin.

 

Tiga lelaki terdiri warga Bangladesh, India dan Pakistan itu mengaku hanya sebagai pekerja kedai runcit di situ sejak setahun lalu dan menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan.

 

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Normah Malik berkata, tindakan sita kedua-dua unit itu dilakukan serta-merta dan notis selama 14 hari diberikan untuk dua penyewa asal keluarkan barangan.

 

Penyewa asal juga perlu melunaskan segala bayaran tunggakan kepada DBKL.

 

“Tindakan ini selaras dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 2000 iaitu penyewa melanggar syarat yang ditetapkan di mana penamatan perjanjian sewa diambil.

 

“Jika penyewa berkenaan gagal mengambil barang-barang dalam tempoh notis, penguatkuasa akan bertindak memindahkannya ke stor DBKL dan tuntutan boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum ia dilupuskan,” katanya.

 

Menurut Normah, sebanyak 87 tindakan rampas unit dilaksanakan sejak Januari lalu, di mana enam dikenal pasti disewakan kepada warga asing, enam kepada warga tempatan dan 75 untuk kes tidak menetap,” katanya.

 

Menurutnya, perkara itu dipandang serius dan mengambil kira lebih 30,000 lagi permohonan yang layak menunggu untuk mendiami perumahan awam atau Projek Perumahan Rakyat (PPR).

 

“Di Desa Rejang ini rata-rata mereka adalah pemindahan dari flat Pekeliling dan ada yang sudah ada rumah lain, tetapi tidak menyerahkan semula unit-unit ini menyebabkan berlaku sewa atas sewa,” katanya.

 

Dalam operasi sama, salah satu unit yang baharu dibeli didapati disewakan kepada warga Indonesia selama tujuh tahun.

 

Tindakan pengusiran ditangguhkan, bagaimanapun pemilik unit akan dikenakan tindakan. SH

2 thoughts on “Penyewa Warga Asing Dicekup

  • January 8, 2019 at 6:51 pm
    Permalink

    Betul di jb ppr tampoi ramai yg tk layak bolih dapat rumah?? Sbb dulu umno tolong?? Sila lah siasat ramai yg miskin tk mampu namun tiada peluang duduk rumah sendiri!!
    Buat lah kerja tanggungjawab supaya yg layak saja dapat memiliki rumah walau ppr ?? Kasihan mereka ramai yg susah tk kira bangsa masa ni lah PH
    Betulkan formula2 umno yg tamak kroni kuncu gunakan!!! Saya harap PH ambil perhatian dimana ada ppr tentu ada seleweng kuasa??

    Reply
  • January 8, 2019 at 6:52 pm
    Permalink

    Bertindak lah akan jumpa penipuan ini??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.