Video: Pesawat Indonesia Terhempas Ketika Latihan LIMA 2015

Langkawi – Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA ’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi.

 

Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.

 

 

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.

Beberapa saksi melihat juruterbang dan pembantu juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun sebelum pesawat terhempas.

 

Pasukan penyelamat turut dikejarkan ke dua lokasi pesawat terhempas.

 

Pihak keselamatan kemudian mengesahkan keempat-empat juruterbang dan pembantu juruterbang berkenaan selamat.

– Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.