Liga Hoki Dunia: Skuad Wanita Tewas Kepada Poland 1-0

Kuala Lumpur – Rekod tanpa kalah serta tanpa bolos milik skuad hoki wanita negara sepanjang kejohanan Liga Hoki Dunia menemui titik noktah hari ini apabila anak didik Nasihin Nubli Ibrahim tewas 0-1 kepada Poland dalam saingan separuh akhir pusingan kedua kejohanan itu di New Delhi.

 

Gol tunggal Poland dijaringkan oleh Rybacha Marlena menerusi pukulan sudut penalti seawal minit ketiga.

 

Kekalahan ini amat memeritkan kerana ia mengakibatkan kepiluan berganda.

 

Pertama ia bererti skuad negara gagal layak ke peringkat Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, Jun ini.

 

Hanya dua pasukan teratas di New Delhi akan layak ke saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, yang mana skuad wanita negara belum pernah melayakkan diri.

 

Kedua, ia sekaligus menamatkan impian ke Sukan Olimpik 2016, kerana Separuh Akhir Liga Hoki Dunia ditetapkan sebagai medan kelayakan ke Brazil.

 

Skuad negara kini akan bertemu pasukan yang tewas dalam satu lagi aksi separuh akhir membabitkan India dan Thailand untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.