Husam Musa Dicalonkan Jawatan Presiden PAS

Johor Bahru – PAS Kota Tinggi mencalonkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun depan.

 

Keputusan sebulat suara itu dibuat dalam mesyuarat agung kali ke-28 PAS kawasan itu hari ini, demikian menurut satu kenyataan.

 

Mesyuarat itu dirasmikan Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin di Markas Pas kawasan itu di Taman Hijrah, Kota Tinggi.

 

Kenyataan tersebut dikirim kepada pemberita oleh Ketua Penerangan PAS Johor Onn Jaafar menerusi aplikasi WhatsApp, malam tadi.

 

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang dijadualkan 1 Jun di Kuala Selangor, Selangor. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.