Burnley Lebur Impian Man City

London – Manchester City mensia-siakan peluang untuk menambah tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea apabila penyandang juara itu tumbang mengejut 0-1 kepada Burnley, awal pagi tadi.

 

Andai mencatat kemenangan, skuad bimbingan Manuel Pellegrini itu hanya dibezakan dengan dua mata di bawah The Blues namun kunjungan ke Turf Moor membawa keputusan berbeza.

 

City kekal di kedudukan kedua liga dibezakan dengan lima mata namun Chelsea memiliki kelebihan kurang dua permainan dan akan dijadual menentang Southampton di Stamford Bridge, hari ini.

 

Kekalahan City kepada Burnley adalah yang pertama sejak 1974 dan lebih memburukkan keadaan.

 

Burnley meledak jaringan tunggal pada minit ke-61 menerusi pemain tengah Scotland, Boyd.

 

City berpeluang menyamakan kedudukan ketika masa tambahan namun rayuan untuk mendapatkan penalti selepas Pablo Zabaleta dijatuhkan Ben Mee di kawasan penalti ditolak pengadil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.