Henti Politikkan PTPTN, Kerajaan Belum Rancang Mansuh Pinjaman Kepada B40

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan buat masa in belum mempunyai perancangan untuk memansuhkan pinjaman hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menjawab pertanyaa lisan daripada Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat pada Selasa menegaskan,kesemua blok politik yang pernah menjadi kerajaan, sama ada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) tidak pernah membuat keputusan untuk menghapuskan hutang PTPTN ketika memerintah.

“Saya juga menekankan bahawa kerajaan sedia ada adalah Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan pelbagai parti politik. Kerajaan telah memutuskan untuk menerima pakai sebarang manifesto pelbagai parti politik tersebut yang sama atau serupa sahaja.

“Walau bagaimanapun, tidak semua parti politik yang membentuk Kerajaan sedia ada menawarkan perkara yang sama berkenaan PTPTN.

“Kerajaan akan mengambil kira keupayaan kewangan dan kelangsungan PTPTN dalam membuat sebarang keputusan berkenaannya.
Oleh hal yang demikian, saya menyeru dan memohon kepada semua ahli dan parti politik dari pihak atau blok mana sekalipun untuk berhenti mempolitikkan PTPTN,” bidas Khaled menjawab pertanyaan lisan berkenaan pemansuhan hutang PTPTN bersasar
kepada golongan miskin dan isi rumah B40.

Sementara itu, Khaled juga telah memaklumkan bahawa berdasarkan unjuran atau anggaran awal PTPTN, cadangan pemansuhan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan melibatkan seramai 1.84 juta peminjam dengan jumlah pemansuhan atau pelupusan sebanyak RM42.34 bilion.

“Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan peminjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman.

“Sehingga kini, terdapat pelbagai cara dan inisiatif yang dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam daripada golongan miskin dan isi rumah B40, antaranya ialah penangguhan bayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan; penstrukturan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.

“Pemberian diskaun bayaran balik sekiranya dilakukan bayaran secara sekali gus dengan penuh dan bayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian untuk memberi ruang kepada peminjam membuat persediaan sewajarnya serta memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik,” jelas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat