Klip Video Tahun Baru Cina Teresa Kok Masih Di Takuk Lama

Seperti kebiasaannya, setiap kali menjelang perayaan tahun baru Cina, ada pemimpin DAP yang akan menghasilkan klip video. Antaranya ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Malangnya, Teresa menjadi perayaan ini sebagai agenda politik dengan menghasilkan video berbaur propaganda.

Video satira Tahun Baru Cina 2018 yang memaparkan suasana di dalam sebuah bilik darjah, adalah berkisarkan kepada pemilihan ketua kelas tetapi ia lebih kepada medan untuk menyebarkan agenda politik pembangkang.

Malahan video yang sepatutnya menjadi medan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk ini telah dipolitikkan.

Walaupun ia turut melibatkan pemimpin DAP yang lain termasuk Young Syefura Othman atau Rara namun ia tidak menarik perhatian ramai sebaliknya dikecam netizen.

Tidak kurang pula yanng menyifatkan pemimpin DAP yang memakai baju sekolah, seolah-olah pelajar sekolah ini, membosankan.

Netizen turut membandingkan dengan video Tahun Baru Cina 2018 yang dihasilkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bersifat melangkaui sempadan. Video itu memaparkan bagaimana hubungan erat rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup bersatu padu.

Pada 2014, Teresa telah dihimpit dengan kontroversi selepas klip video Teresa untuk Tahun Baru Cina bertajuk `Onederful Malaysia’ telah dikecam ramai kerana dianggap menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan.

Ia menyebabkan laporan polis dibuat oleh beberapa pihak ke atas Teresa kerana klip video berkenaan dianggap mampu mencetuskan masalah perkauman dengan melaga-lagakan kaum di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!