Wanita Kelantan Maut Ketika Cuba Kejar Peragut

BACHOK – Seorang wanita mangsa ragut maut selepas terlibat kemalangan semasa sedang mengejar penjenayah, di sini hari ini.

 

Dalam kejadian di Kampung Pak Elong, Tangok jam 8.15 pagi tadi, Siti Rohani Wahab, 54 tahun, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar tiang elektrik, petik Awani.

 

Motosikal mangsa dikatakan dihimpit seorang lelaki sebelum mangsa mengejar lelaki itu dan terlanggar tiang elektrik.

 

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan, beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut seorang lelaki.

 

Mangsa bertindak mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.