Video : Netizen Hairan Kim Jong Nam Dibunuh Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Netizen melahirkan rasa hairan apabila  Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dibunuh di Malaysia.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-ratanya netizen tidak dapat menerima kematian warga Korea Utara itu yang dibunuh di KLIA, semalam.

 

“Apasal lah dia mati di Malaysia,”kata seorang netizen.

 

Seorang lagi netizen berkata, “Rasa-rasa ini perangkap untuk musnahkan Malaysia, so berhati-hatilah,”katanya.

 

Sebelum ini, lelaki Korea Utara itu sebelum ini, didakwa tidak bersetuju dengan pemerintahan Korea Utara dan pernah menerima ugutan bunuh pada tahun 2014.

 

Terdahulu, Jong Nam telah dibunuh dua wanita menggunakan semburan beracun.

 

Mayat Jong Nam telah dibedah siasat manakala suspek telah ditahan polis.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.