Video : HKL Bedah Siasat Mayat Abang Tiri Pemimpin Korea Utara

 

KUALA LUMPUR – Mayat warga asing Kim Jong-Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, beredar dari Hospital Putrajaya dan tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN)di Hospital Kuala Lumpur, untuk dibedah siasat tengahari tadi.

 

Jam 2.30 petang kelihatan pegawai dari Kedutaan Korea Utara yang hadir ke pusat itu, bagaimanapun dikawal ketat oleh pengawal keselamatan hospital.

 

 

 

Pihak kedutaan tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media yang menunggu sejak awal pagi tadi.

 

Difahamkan, pihak kedutaan memohon untuk menuntut mayat yang dikatakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea, Kim Jong-Nam.

 

Terdahulu, polis mengesahkan bahawa lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 pada hari Isnin ialah Kim Jong-nam.

 

Seorang wanita warga Vietnam ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi membantu siasatan berhubung kematian Jong-Nam.

 

Wanita yang berusia 28 tahun itu ditahan ketika berseorangan berdasarkan kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.