Sherry Kagum Fasha Potong Rambut Pendek

Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan rasa kagumnya apabila aktres Fasha Sandha sanggup memotong rambut pendek demi memenuhi watak dalam filem terbaharunya, Badang.

Menerusi kapsyen di akaun Instagramnya, Sherry akui penampilan baru itu membuatkan Fasha kelihatan lebih muda dan seksi.

“Bae got new haircut! Looking sharp & sexy, nampak muda remaja! Salute dengan keberanian you which I sendiri tak sanggup hik! Was good to see tadi darling,” tulisnya, petik AstroGempak.

Terdahulu, Fasha dalam satu kenyataan memberitahu dia terpaksa melakukan pengorbanan itu kerana ia babak penting filemitu.

 

Watak itu menuntutnya apabila didera dan direntap abangnya Tai, lakonan Fauzi Nawawi sekali gus memotong rambutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.